? ??????????????Love Love Love? ????? ?????? ???Rating: 4.6 (84 Ratings)??166 Grabs Today. 39157 Total Gra
bs. ??????Get the Code?? ?? ????1?? ?????Live, Love, Laugh? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (5 Ratings)??149 Grabs Today. 5145 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????This Beating Heart? ????? ?? CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Hai


Khamis, 2 April 2009

Rahsia Wanita~

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Masalah Remaja Zaman Sekarang

Benda ni berkait.. dari sistem kekeluargaan yang pincang sehinggalah sistem kenegaraan yang kurang berkesan menangani masalah kebejatan moral dan etika..Sesetengah remaja bermasalah datangnya daripada family yg bermasalah spt bercerai berai, penderaan, dadah dan sebagainya yg gagal mencorakkan personaliti remaja yg positif.. manakala dari sistem masyarakat itu sendiri yg ada kalanya tidak 'peduli'.. kadangkala jiran sebelahpun tak kenal.. ini berlaku di bandar.. dah byk sikap2 individualistik ini menular dan menyebabkan masyarakat kurang harmonis.. bila remaja rumah sebelah atau taman sebelah buat hal mereka hanya buat2 tak tau.. kenkadang ada yg buat 'projek' di dalam kereta di tepi taman perumahan pun tak ambil peduli... masyarakat bandar mcm ni dah tak bersatu sgt.. kalau di kampung tu rasanya masih lagi terkawal.. itupun ada kes dadah di felda2 yg mana masalah moral ni meruncing...Sistem kenegaraan ni tak payah cakaplah... masing2 tau masalah merogol makin meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk perundangan yg tidak lagi 'berkesan' bagi menakutkan pelakusalah merogol atau mencabul... cubalah ganti hukuman sebat dan penjara perogol kepada hukum hudud.. sure mereka2 tu takut nak merogol/mencabul... Islam ini agama sejahtera selamat... sebab itulah hukum hudud ini berfungsi utk memelihara masyarakat daripada masalah moral dan etika, bukannya sekadar nama agama sahaja tetapi praktisnya perlu diamalkan...
Sejarah Perkembangan Fesyen Remaja

Fesyen berubah mengikut putaran masa. Jika kita mengkaji secara mendalam tentang sejarah fesyen, kita pasti akan tertarik dengan kepelikan fesyen dan dunia fesyen yang berwarna-warni.Sebenarnya, trend dan fesyen di kalangan remaja bukanlah suatu fenomena yang baru. Pendekata, ia telah pun wujud sejak zaman ibu bapa kita lagi ketika mereka masih muda remaja. Pada masa itu, baju tradisional menjadi pilihan mereka khususnya untuk menghadiri sesuatu majlis rasmi atau sewaktu meraikan sesuatu perayaan. Bak kata pepatah, sekali laut berombak, sekali pantai berubah. Begitulah juga halnya dengan dunia fesyen. Ia berubah mengikut selera.Jika kita mengimbas kembali zaman silam, kita akan dapati bahawa era enam puluhan diwarnai dengan fesyen ‘pop yeh-yeh’. Gadis-gadis Melayu pada ketika itu gemar memakai kebaya ketat Indonesia lengkap dengan koset berwarna hitam yang menampakkan lagi bentuk tubuh badan mereka dan pinggang mereka yang kecil dan ramping. Pakaian mereka pula sering dipadani dengan kaca mata hitam dan tas tangan yang agak kecil. Yang jejakanya juga tidak ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan fesyen. Mereka pula gemar memakai baju tuksedo yang dipadani dengan tali leher serta mengenakan rambut ala ‘The Beatles’. Walaupun remaja sekarang menganggap fesyen tersebut agak kolot dan ketinggalan zaman, kini ia menjadi satu ikutan di kalangan anak muda sekarang seperti kumpulan muzik tempatan ‘Stoned Revivals’. Perkembangan ini boleh dikatakan agak unik!Fesyen tujuh puluhan pula dipengaruhi dengan fesyen hippi dari barat, iaitu lelaki dan wanita berambut panjang dan memakai pakaian berwarna-warni yang berbunga-bunga. Selain dari fesyen hippi, remaja zaman itu juga cenderung memakai pakaian yang berkonsep ‘retro’. Konsep ini timbul dari pengaruh remaja barat yang berpakaian demikian apabila ke disko. Bagi pihak perempuan, mereka gemar memakai baju yang ketat dan tidak berlengan ketat dan dipadankan dengan skirt mini. But kulit juga tidak ketinggalan; jika tiada but, mereka akan memakai kasut jenis ‘platform’.Bagi yang lelaki pula, mereka gemar memakai kemeja ketat yang berlengan hingga ke paras siku. Seluar mereka berfesyen ‘bell-bottom’. Ada juga yang berfesyen rambut ‘afro’, iaitu rambut kembang seperti sarang lebah. Inilah trend retro tujuh puluhan!Masa berubah. Tahun lapan puluhan pula bermula. Fesyen dalam dekad itu tidak begitu menarik; ia boleh dikatakan agak hodoh. Remaja perempuan memakai perhiasan telinga berwarna-warni yang agak besar dan pakaian yang tiada kombinasi warna. Fesyen rambut lelaki dan perempuan kelihatan seperti rambut Princess Diana. Fesyen lapan puluhan juga tidak begitu menarik seperti fesyen tahun enam puluhan dan tujuh puluhan.Kini tibalah kita ke fesyen sembilan puluhan. Inilah masanya di mana ramai remaja yang sebaya dengan saya memperagakan fesyen mereka dengan bangganya. Konsep ‘skaters’, ‘surfers’, ‘niggers’, ‘old skool’, ‘Ah Beng, ‘Ah Lian’ dan ‘ska’ begitu diutamakan. Oleh kerana terlalu banyak konsep, maka saya akan memilih tiga sahaja untuk penjelasan lanjut.Pertama, konsep ‘skaters’ timbul apabila remaja terpengaruh dengan rekreasi remaja barat di televisyen; mereka menaiki papan beroda atau dipanggil ‘skateboard’ di bandar atau di sudut jalan. Remaja golongan ini gemar memakai baju-baju yang longgar dan seluar yang berlebihan inci dari paras pinggang. Kebanyakan ‘skaters’ adalah lelaki.Kedua, ialah konsep ‘old skool’. Konsep ini dipengaruhi dari era zaman akhir tujuh puluhan dan awal zaman lapan puluhan, apabila Nike, Yonex dan Adidas menerbitkan edisi pakaian sukan dan pakaian riadah aktif untuk remaja. Ia gagal mendapat sambutan hangat pada masa itu, tetapi sekarang, dengan kemunculan banyak kedai peralatan sukan di bandar ia mendapat sambutan yang di luar dugaan. Faedahnya, ia tidak memerlukan banyak perbelanjaan!Yang terakhir ialah konsep ‘ska’. Sebenarnya konsep ini telah lama diamalkan, hanya sambutannya tidak begitu hangat di negara kita. Walaupun begitu, agak ramai remaja mengamalkan konsep ini. Bagi pihak lelaki berkonsep ‘ska’ bermakna mempunyai sekumpulan rakan yang dipanggil ‘rude boys’. Bagi pihak perempuan pula, mereka dipanggil ‘rude girls’. Mereka mengutamakan warna hitam dan putih untuk pakaian mereka, ataupun hitam sahaja. Pengikut konsep ‘ska’ juga mendengar muzik istimewa rentak ‘ska’ yang berasal dari California, Jamaica dan negara BritainPengikut ‘ska’ lelaki kebanyakannya memakai ‘suit’ atau tuksedo dan berkasut but. Mereka juga memakai kemeja bersama ‘vest’ dan seluar hitam jika tiada ‘suit’. Pengikut ‘ska’ perempuan pula memakai baju hitam atau putih berlengan panjang dan juga skirt hitam dan berkasut but. Biar apapun fesyen yang muncul, yang jelas remaja sekarang lebih bergaya dan lebih berani memperagakan fesyen pakaian kegemaran mereka, kerana ini akan meningkatkan imej mereka di mata masyarakat dan membuat mereka berasa lebih konfiden.Kesan buruknya ialah mereka akan mengabaikan pelajaran kerana terlalu asyik dengan fesyen dan trend pakaian hari ini. Bukankah fesyen akan berubah? Saya akan menanti masanya bila tiba fesyen baru yang akan datang dan mengikuti perkembangan selanjutnya.
Sahabat Sejati
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

jam..


Myspace Clocks, Hearts Clocks at WishAFriend.com